Muzium ini dianggap kontroversi , kerana pelancong bakal melihat tinggalan perang dan kekejaman tentera penceroboh Amerika ke ats warga Vietnam. Tapi Barat pula mengaggap muzium ini berat sebelah kerana hanya memaparkan kekejaman tentera penceroboh , dan juga mempunyai 3 balang fetus bayi yang cacat kesan senjata kimia Agent Orange milik Amerika.
Dengan lebih 20,000 dokumen , gambar dan bahan pameran yang merakam kesengsaraan yang terpaksa di lalui oleh rakyat Vietnam .Pastinya akan ada yang menitiskan air mata kerana melihat gambar-gambar di sini.
Selepas kita pergi ke muzium , tentunya kita ingin membeli belah untuk sedara mara . Jadi di sini terdapat satu pasar yang amat terkenal kalau datang membeli belah di Ho Chi Minh ini . Iaitu Pasar Ben Tanh . Peniaga di sini boleh berbahasa melayu dengan fasih dan mereka juga menerima ringgit, jadi tidak lah perlu risau untuk tukar duit mereka iaitu dong dalam kuantiti yang banyak.
Dianggap syurga membeli belah rakyat , terdapat sekitar 3,000 kedai yang menjual pelbagai jenis fabrik , barangan kraf , sutera Vietnam dan kain bersulam. Ia tetap menjadi tempat pelancong datang walaupun di dalamnya sesak dan panas kerana tiada pengudaraan yang baik , tapi itu bukan menjadi pehalang buat pembeli khususnya kaum hawa.
Okey, selepas itu , bagi yang ingin mengambil angin sambil menyelusuri sungai di Vietnam boleh lah ke Cruise Sungai Mekong yang hanya 2jam perjalanan dari bandar.
Mengairi kira - kira 6 negara iaitu dari China hinggalah ke Vietnam , kerana kita akn menyusuri sungai yang cukup besar jasa kepada penduduk Indo-China denagn sampan yang di dayung oleh penduduk tempatan.
Bukan hanya menaiki samapn , kita pasti akan dijamu dengan minuman dan makanan berasaskan madu lebah seperti teh madu . Selain itu, akan ada juga nyanyian lagu tempatan dan hidangan buah-buahan seperti pitaya dan rambutan. Di Vietnam ini , pengangkutan awam seperti bas dan teksi senang didapati dan mereka juga menerima duit dolar sekiranya kita tiada duit dong.
No comments:
Post a Comment