Kota Ismail Petra.
Kawasan Kota Sultan
Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan.
Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank
Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar. Dan ianya juga menjadi
mercu tanda Bandar Kota Bharu. Cara untuk datang
ke tempat ni senang sahaja kerana
lokasinya tidaklah jauh ianya berhampiran dengan Bandar kota bharu. Dan ianya
menyediakan tempat parking untuk anda yang ingin melawat tempat2 menarik. . Semua
lokasi yang anda ingin lawati tidak
perlu menggunakan kederaan anda Cuma perlu berjalan kaki sahaja kerana kawasan ni
hanyalah bersebelahan.
Istana Balai Besar.
Lokasi Istana Balai Besar ianya bersebelahan
dengan pusat kraf tangan. Dan Istana Balai Besar inilah kediaman rasmi Sultan
Kelantan pada masa dahulu. Tahun
wujudnya bandar Kota Bharu sama dengan pembinaan istana ini iaitu pada tahun
1844. Sekarang ini, istana ini tidak
lagi menjadi kediaman rasmi Sultan
Kelantan, tetapi masih digunakan jika ada upacara dan adat istiadat rasmi
DiRaja.
Kampung Kraf Tangan.
Kampung kraftangan
yang terdapat di bandar Kota Bharu ini adalah antara lokasi pelancongan utama
Negeri Kelantan.Walaupun namanya Kampung Kraftangan, namun ia bukanlah kampung
sebenar. Hanyalah simbol pelancongan untuk dijadikan daya tarikan kepada
pelancong.
Bagi yang ingin
membeli cenderamata anda boleh datang ke sini terdapat pelbagai jenis
cenderamata yang ada di jual di sini. Selain itu, juga Kampung Kraftangan ini sangat sesuai jika
datang seisi keluarga terutamanya pada musim cuti sekolah. Jika datang menginap
di sekitar Kota Bharu, Kampung Kraftangan ini adalah tempat yang wajib anda
lawati.
Restoran Nasi Ulam.
Ianya bersebelahan dengan kampung krafttangan Kawasannya yang sangat strategic. Bagi
penduduk Kelantan, restoran Nasi Ulam Cikgu ini
memang tidak asing lagi. Ianya sangat terkenal
dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun
temurun keluarga Cikgu Hamid.
Apabila masuk waktu
tengahari restoran kelihatan sangat padat kerana terlalu ramai yang datang
Terdapat pelbagai jenis ulam-ulaman dan pelbagai jenis laut .Harga pula memang sangat berpatutan.
Pasar Besar Siti
Khadijah.
Dulunya nama asal
Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu ianya ia telah ditukar
namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan sebagai tanda penghormatan
kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan
wanita.
Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di
Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang
terkenal dengan minat berniaga .Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk
segi lapan.
Di pasar ni juga
terdapat pelbagai jenis makanan dan kuih muih yang di sediakan.Di samping, tu
juga pasar ni juga menjual kain2 batik ,songket dan lain2.
Pantai Cahaya Bulan
atau PCB.
Persisiran pantai cahaya bulan. |
Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai
yang terkenal di negeri Kelantan. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu. ianya terkenal dengan tempat perkelahan. Dahulunya pantai dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi .Uniknya pantai ini adalah mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang.
Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer.Di samping itu, juga Pantai ini dilengkapi dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan resort, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.
Pengangkutan udara semakin mendapat permintaan bagi anda yang ingin melancong dan bercuti di Kelantan anda boleh menggunakan pengankutan udara. Kerana banyak syarikat penerbangan termasuk penerbangan tambang murah yang menyediakan laluan penerbangan inbound atau outbond ke Kota Bharu, Kelantan iaitu berlepas atau mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa Kelantan. Dengan harga yang berpatutan.
No comments:
Post a Comment