Saturday, 11 October 2014

PULAU SIPADAN, SABAH

Entri kali ini adalah mengenai pulau sipadan , yang mana lokasi pulau ini adalah berhampiran Semporna, Sabah. Pulau ini adalah sebuah pulau yang amat cantik dan indah. Memang amat sesuai kepada sesiapa yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan kota. Untuk pengetahuan juga, Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air.




Selain itu juga, Pulau Sipadan pernah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia. Disebabkan itu  , para peminat scuba diving dari seluruh pelosok dunia sanggup datang ke pulau ini untuk menerokai apa yang ada di sebalik pulau ini.


Disebabkan itulah aktiviti menyelam menjadi tarikan utama pelancong di sini kerana alam bawah laut pulau ini memberi kepuasan kepada para penyelam. Pemandangan yang penuh dengan kehidupan laut seperti barracuda, penyu,ikan dan sebagainya. Di tambah lagi dengan warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang pasti akan memberi kepuasan kepada para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan menarik  di dunia.


Untuk sampai ke pulau ini, senang sahaja.. jika anda dari semenanjung, anda boleh mengambil penerbangan dari KLIA atau LCCT terus ke Tawau, Sabah. Dari Tawau, anda boleh menyewa van atau teksi untuk menuju ke Semporna dan seterusnya menaiki bot untuk sampai ke Pulau Sipadan yang terletak berhampiran daerah Semporna ini. 

No comments:

Post a Comment