Assalamualaikum. Hari ni saya mahu bercerita pengalaman saya bercuti di Negeri Perlis Indera
Kayangan. Di Malaysia, perlis adalah negeri terkecil dan terletak di utara
semenanjung Malaysia dan bersempadan dgn Satun dan Songkla, Thailand. Untuk
pengetahuan pembaca semua, Negeri Perlis diberi jolokan “Negeri permai lagi
mempesona” oleh jabatan pelancongan Negeri Perlis. Okay cukup lah dengan sejarah mengenai Perlis. Sekarang mari kita tengok tempat-tempat menarik di sana
pula.
Salah satunya adalah
di Ladang Tebu. Ladang tebu ni kita boleh tengok di sepanjang jalan di Bukit
Chupping ni. Ia terletak 23 kilometer ke utara kangar Perlis dan mengambil masa
lebih kurang 30 minit perjalanan dari pusat Bandar kangar . Ladang ini seluas
22,000 hektar.
Seterusnya, kami
pun pergi ke tempat yang memang wajib di lawati apabila datang ke Perlis.
Tak lain dan tak bukan tentunya Padang Besar. Padang Besar ini memang wajid di
lawati kerana tempat ini mengamalkan pasar terbuka dengan menjual pelbagai
barangan dengan harga yang jauh lebih murah dari tempat lain. Ini kerana
kebanyakkan barangan di sini di import dari Thailand.
Pada keesokan
harinya, kami bergerak ke gua pula. Ehh gua mana pulank ni kan. Gua yang di
maksudkan adalah Gua Kelam. Gua kelam ni berukuran 370 meter dan terletak di
kaki bukit dengan jarak 36 kilometer dari Bandar Kangar.
Selain itu , kami
turut melawat Taman Ular dan Reptilia . Taman ini diiktiraf sebagai taman ular
terbesar dalam negera . Ular-ular ini pula ditempatkan samada di ruang pameran
tertutup atau terbuka. Dan bayaran masuk ke taman ini murah sahaja iaitu , Rm4.00
untuk dewasa dan Rm1.00 untuk kanak-kanak.
Dan seperti
kebanyakan cerita , ada permulaan dan akhirnya . Setelah kami pergi ke taman
ular, kami pun bergerak balik ke Pahang semula. Maka dengan itu tamat lah kisah
kami bercuti di Perlis.
Terima kasih kerana sudi baca yer. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment