Wednesday, 10 September 2014




FIRST GENERATION SINGAPORE

Selain Orchad, masih banyak tempat menarik lain yang boleh anda kunjungi semasa bercuti ke Singapura, seperti menyusuri Sungai Singapura dan berhenti di depan Hotel Fullerton. Jangan terkejut apabila melihat sekelompok anak terjun ke sungai, kerana ini hanyalah patung.

Patung unik dan lucu ini dibuat oleh seorang pematung bernama Chong Fah Cheong. Patung yang diberi nama 'First Generation' dibuat untuk menggambarkan kehidupan awal masyarakat Singapura. Dulu, Sungai Singapura pernah menjadi jalur utama kehidupan negeri singa itu.

Saat itu, masih ramai kank-kanak yang sibuk bermain di tepian sungai, kemudian lompat untuk menikmati sejuknya air sungai. Sayangnya, keceriaan itu hilang ketika projek pembersihan sungai pada 1983 dilaksanakan. Penduduk di pinggiran sungai dipindahkan ke tempat tinggal yang baru.

No comments:

Post a Comment